Kemahiran insaniah memiliki pelbagai
nama seperti soft skills, essential skills, human skills, employability
skills serta non-technical skills.
Terdapat pelbagai makna yang menjelaskan tentang kemahiran insaniah.
Mahyudin (2011) menyatakan
bahawa definisi sedia
ada berkaitan dengan
kemahiran insaniah lebih memberi tumpuan terhadap aspek tingkah
laku, kemahiran komunikasi, sikap, keupayaan menyelesaikan suatu permasalahan,
cara memeperolehi keputusan dan pengurusan organisasi. Elemen – elemen
kemahiran insaniah yang terdiri daripada kerja berpasukan, nilai positif,
pembelajaran berterusan, kepemimpinan dan komunikasi telah
dijadikan perkara utama
dalam modul pembangunan
kemahiran insaniah dimana
ia merupakan aspek kognitif yang berhubungan dengan kemahiran bukan akademik.
Tidak dinafikan kelayakan akademik
adalah salah satu elemen yang penting dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan.
Namun, ia juga perlu diseimbangkan dengan kemahiran insaniah untuk membolehkan
mereka bersaing dengan calon-calon yang lain yang bukan sahaja merupakan
graduan dari pelbagai institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara
bahkan terdapat juga calon yang telah mempunyai pengalaman bekerja yang turut
sama bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang sama terutamanya pada waktu
pasca COVID-19 yang mana mereka juga turut terkesan kerana terpaksa dibuang
kerja oleh majikan mereka sebelum ini.
Sekiranya para mahasiswa kurang berkemahiran dalam mempamerkan sifat
kebolehpasaran, ia tidak akan membuatkan
para majikan tertarik untuk mengambil mereka bekerja walaupun mempunyai
keputusan akademik yang baik.
Setiausaha adalah kerjaya yang
memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan
utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling
hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai
jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan
dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi. Setiausaha juga
merupakan frontliner, atau barisan
hadapan dan wajah sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha
boleh dikategorikan sebagai high profile,
disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang
kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.
Oleh kerana itu, sangat penting
seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej
interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam keterampilan
diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes. Di samping perlu
cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk
seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti
kerja, sentiasa positif dalam menunaikan
amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki kemahiran
menguruskan dalaman diri dan mengawal stress dengan baik.
Kesimpulannya, kemahiran
insaniah terdiri daripada
pelbagai aspek kehidupan
mahupun pekerjaan. Kemahiran insaniah
merangkumi kemahiran berfikir,
kemahiran keusahawanan, kemahiran peribadi, kemahiran berkaitan
manusia serta kemahiran yang berhubungan dengan kemasyarakatan. Proses
penerapan kemahiran insaniah merupakan tanggungjawab pelbagai pihak seperti
institusi pengajian tinggi (IPT),
sekolah dan masyarakat.
Kemahiran insaniah dapat
dipelajari sepanjang hayat
dan dalam persekitaran pekerjaan,
kehidupan harian dan
juga institusi pendidikan.
Aini (2005) mengemukakan bahawa pada
masa kini penerapan
kemahiran insaniah dalam
pengajaran dan pembelajaran
semakin meningkat.
Kemahiran berkomunikasi ialah antara
elemen utama dituntut dalam hampir kesemua jenis pekerjaan bagi mereka yang
makan gaji mahupun bergelar bos perniagaan sendiri. Kemahiran itu cukup penting
bagi memastikan kelancaran urusan kerja, sama ada dalam komunikasi sesama rakan
sekerja mahupun dengan pihak luar, lebih-lebih lagi untuk meraih kepercayaan, keyakinan
dan sambutan pelanggan. Kebolehan dan kemampuan seorang setiausaha bukan hanya diukur daripada betapa tinggi atau
cemerlangnya kelayakan akademik yang dimiliki.
Dalam persaingan sengit dunia kerjaya amat mencabar kini, seorang
setiausaha harus melengkapi diri dengan penguasaan kemahiran yang relevan dan
diperlukan bidang kerjaya diceburi.
Tanpa kemahiran itu, perbincangan
mengenai suatu perkara kerja akan sukar mencapai kesepakatan secara profesional
dan harmoni, malah berisiko mencetuskan percanggahan pendapat yang serius serta
ketidakpuasan hati, sekali gus menjejaskan keberkesanan pelaksanaan. Lebih
memburukkan keadaan, kelemahan dalam komunikasi boleh menimbulkan konflik sama
ada secara terang-terangan mahupun terpendam sehingga membawa kepada
pertelingkahan atau permusuhan yang pasti memberi kesan negatif terhadap
organisasi.
Komunikasi adalah bahagian terpenting dalam kehidupan
seharian. Komunikasi tidak sahaja berlaku melalui percakapan
tetapi juga melalui mendengar, membaca, menulis dan gerak badan.
Semuanya memerlukan kemahiran
yang boleh dipelajari.
Sesetengah kemahiran
seperti penguasaan bahasa dan
pemilihan perkataan yang tepat,
pemikiran logik dan pengumpulan
maklumat diperlukan untuk
semua jenis komunikasi iaitu komunikasi dalam
kumpulan, komunikasi dalam organisasi, komunikasi
untuk pemasaran, dan
komunikasi dalam bentuk
pengucapan awam. Oleh itu semakin baik kemahiran ini dikuasai, maka
semakin berkesanlah proses komunikasi
yang berlangsung. Komunikasi
yang berkesan membolehkan
idea dan maklumat dapat disampaikan
dengan sempurna.
Seterusnya, kemahiran kerja berpasukan
merujuk kepada setiausaha yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat
pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen
terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Melalui kerja berpasukan, organisasi
dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan
melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat
menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara
bersendirian. Lapan nilai-nilai utama yang menjasi pra syarat kepada
perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu matlamat sama,tanggungjawab
bersama,saling percaya mempercayai, berkongsi idea,saling bantu membantu,bertolak
ansur, musyawarah dan kerjasama.
Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat
menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota
yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan,
biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi
cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai
bukan daripada kita.
Selain
itu, kemahiran kepimpinan ialah pengetahuan mengenai teknik dan amat penting
dalam menentukan pimpinan organisasi ialah kepimpinan yang berkesan. Oleh yang
demikian untuk menjadi seorang setiausaha yang berkesan kemahiran-kemahiran
berikut perlu ada kepada seorang setiausaha. Antara kemahiran yang perlu bagi
seorang setiausaha ialah kemahiran pengurusan ataupun pentadbiran. Robert L
Katz menyenaraikan tiga aspek penting dalam kemahiran yang perlu dimahiri oleh
seorang setiausaha iaitu kemahiran konsep, kemahiran teknik dan kemahiran
manusia.
Kemahiran konsep ialah kemahiran
pengalaman dan boleh menentukan keberkesanan kepimpinan. Dalam kemahiran ini seorang
setiausaha akan mempunyai kebolehan mental untuk menyelaras dan menyatukan
kepentingan dan aktiviti organisasi. Ia akan menentukan bagaimana
bahagian-bahagian dalam sesuatu organisasi saling bergantungan antara satu sama
lain. Hal ini dapat menyelamatkan organisasinya daripada terancam dan dapat
melihat keberkesanan sesuatu faktor yang boleh menjejaskan faktor lain dalam
organisasi.
Kemahiran teknik ini seorang
setiausaha akan dapat memimpin sesuatu organisasi dengan lebih cemerlang jika
mempunyai pengetahuan berkenaan dengan teknik atau cara mengendalikan sesuatu
lapangan pentadbiran. Tanpa kemahiran ini kepimpinan yang ditonjolkan tidak
akan dapat dijalankan dengan berkesan. Kemahiran
manusia ialah pengetahuan dan kebolehan mengenai hubungan manusia boleh
memberikan kelebihan kepada seseorang pemimpin. Sesungguhnya, kemahiran dan
kualiti kepimpinan adalah antara ramuan yang perlu dimiliki oleh seorang
setiausaha. Melaluinya, pemimpin bukan sahaja berkebolehan memimpin, tetapi
yang lebih penting ialah kepimpinan pemimpin tersebut diyakini serta diiktiraf
oleh para pengikutnya, malah warga organisasi keseluruhannya.
Akhir sekali, kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah adalah saling melengkapi di mana untuk
menyelesaikan sesuatu masalah pemikiran kritis dan kreatif diperlukan agar
keputusan yang dibuat adalah tidak salah (NCVER,2003). Manakala bagi Mohd dan
Hassan (2003b) telah menyatakan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah
menjadi faktor yang mempengaruhi kejayaan seseorang dalam dunia pekerjaan atau
dunia profesional kelak.
Kemahiran menyelesaikan masalah pula
merupakan kebolehan seorang setiausaha untuk menggunakan proses-proses
menyelesaikan masalah seperti mengenalpasti masalah dan peluang, menganalisa
aspek utama dalam masalah yang diberikan dan mengimplementasikan strategi untuk
mencari penyelesaian.Seseorang pelajar mahupun pekerja OKU perlu berupaya untuk
mengaplikasikan strategi-strategi penyelesaian masalah mengikut situasi yang
berlaku.Penilaian perlu dibuat keatas setiap tindakan yang diambil dalam proses
penyelesaian masalah. Bagi Resnick dan Writ (1996), kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis diperlukan bagi mencapai strategi yang jitu dan berkesan
dalam mencari penyelesaian kepada masalah atau isu yang timbul.
Antara cadangan meningkatkan kemahiran
insaniah bagi memastikan para graduan dalam bidang setiausaha dibekalkan dengan
kemahiran ialah pengajar memberikan projek kumpulan dan kerja berpasukan. Mengadakan
projek berkumpulan adalah salah satu cara terbaik untuk memperkenalkan dan
memupuk banyak kemahiran insaniah dalam diri graduan. Projek kumpulan biasanya
termasuk komunikasi interpersonal, perbincangan, penyelesaian masalah, penetapan
matlamat dan banyak lagi. Setiap orang dalam pasukan akan mempunyai persepsi
yang berbeza tentang masalah atau topik yang sama dan ia akan membantu graduan
untuk mengasah kemahiran mereka dalam memahami dan menganalisis sesuatu situasi
untuk hasil yang lebih baik.
Selain itu, ajar pemikiran kritikal dengan inovasi dan eksperimen. Apabila seorang pensyarah mengajar kemahiran insaniah kepada graduan kolej, salah satu kemahiran insaniah yang paling penting untuk dipertimbangkan ialah pemikiran kritis. Ramai graduan mendapati sukar untuk menganalisis fakta, memerhati, membentuk pertimbangan mereka sendiri dan memberikan maklum balas, terutamanya apabila pihak berkuasa yang lebih tinggi terlibat. Maklum balas adalah salah satu cara terbaik untuk mengajar graduan berfikir kritis. Terdapat begitu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mereka menawarkan pendapat atau cadangan mereka dan ia juga akan memberi mereka peluang untuk berfikir dan membuat kesimpulan dan itulah sebabnya maklum balas adalah penting bukan sahaja untuk graduan, tetapi juga untuk pensyarah. Adalah penting untuk mengajar mereka bahawa tidak ada yang menakutkan dalam menyuarakan pendapat atau cadangan mereka selagi mereka melakukannya dengan sopan dan dengan cara yang betul.
RUJUKAN
Faizullah
Mohamed (2014), Penerapan Kemahiran
Insaniah Dalam Konteks Membina
Insan
Berkepimpinan Di Kalangan Pelajar Melalui Aktiviti Kokurikulum Di
Ismatul Nisak (2021), Kepentingan Mengasah Kemahiran Insaniah
Dalam Kalangan
Mahasiswa Universiti, https://angkasfera.com/2021/09/22/kepentingan-mengasah-kemahiran-insaniah-dalam-kalangan-mahasiswa-universiti/
Awakenimage (2019), Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat
Unit I
Penyelarasan, Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri 15-16,
https://awaken-image.com/kursus-pemantapan-kerjaya-setiausaha-pejabat-icu/
BhPlus (2016), Kemahiran Komunikasi Tuntutan Utama Semua
Jenis Pekerjaan
Hazlan (2010), Apa Itu Kerja Berpasukan,
https://hairilhazlan.com/2010/12/24/apa-itu-kerja-berpasukan/
Pdfcoffee (2018), Kemahiran Kepimpinan,
https://pdfcoffee.com/kemahiran-kepimpinan-pdf-free.html
123dok (2022), Kemahiran Pemikiran kritis Dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah,
https://123dok.com/article/kemahiran-pemikiran-kritis-dan-kemahiran-menyelesaikan-masalah.y8rrpdrq
Lakshmi Puthanveedu
(2022), 10 Cara Mengajar Kemahiran
Insaniah Kepada Pelajar
Kehidupan Selepas
Sekolah, https://ahaslides.com/ms/blog/10-ways-for-teaching-soft-skills-to-students/